Pages

14 October 2013

Sekolah Tercinta...huhu ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi semua...bertemu lagi kita dalam bloging ini...hihihi..kali nie saya nak bercerita mengenai sekolah tercinta saya pulak mulai dari januari 2013....huhuhu


Pada bulan Disember 2012 : Kami telah bermesyuarat guru kali pertama..fuh rasa lega yang amat sebab tengok jawatan biasa sahaja jadi Ketua Penasihat Persatuan Agama Islam, S/U Nilam, S/U Badan Kebajikan anak-anak yatim dan miskin KWAPM dan Pengurus Pasukan Takraw..hehe...yang lain-lain AJK sahaja alhamdulillah...=)..2 tahun yang lepas aku di taklifkan jadi S/U Kelab Guru (BAKES) memang tersangat la busy..tapi rasa puas berkerja di bawah presiden cikgu Mohd Rais enjoy dan Terbaik lah...heheh =)..Walaupun nak melepaskan jawatan ini terlalu la banyak dugaan nya ..Allah sahaja mengetahui ..lagi-lagi berdepan dengan kawan-kawan sendiri..dugaan sungguh...memang teramat sedih..Tapi saya percaya pada 1 perkara kalau kita ditempat yang benar & niat kita baik in shaa Allah ..Allah akan beri jalan  dan permudahkan semuanya..


**berbalik pada mesyuarat semula...Kebetulan Guru Besar umumkan sekali yang surau sedia ada di sebelah bilik GB akan di buat bilik fail..so sedey lah kami kan..tapi GB bg surau yang sangat selesa menggantikan surau sekarang iaitu bilik access komputer..tapi not bad jugak la banyak benda nak di kemas kan...dan paling best tahun nie tahun 1 hanya ada 4 kelas sahaja..so ada lebih 1 kelas .. 1E nie jd bilik j-qaf...dalam pada semua bising-bising permanent ke tidak.aku malas nak pk yang penting pentadbir dah bg bilik buat yang penting..ktr usha..doa..tawakal...aku dan beberapa kawan yang baik dan rapat mula mengatur plan untuk bilik jqaf ini supaya boleh digunakan untuk mengajar murid-murid di situ...erm...Adakah usaha kami ini tercapai...nanti kan...huhuhu


Januari : Bermula la tugas sebagai pendidik 2013 dengan penuh semangat..hihihi =)..Disebabkan jadual kami jqaf pendidikan Islam belum dapat lagi... jadi kami hanya diberi rilief sahaja..Aku mula berbicara mengenai bilik j-Qaf yang baru..seminggu persekolahan semua buat diam je pasal bilik tue..masih penuh dengan sampah ... kertas-kertas..meja-meja..pasir dan habuk....Ya Allah betul2 sedih dapat bilik macam tue rupenya..tapi saya dan kawan-kawan memulakan usaha utk bangunkan bilik jqaf ini sehingga ke akhirnya..susah senang kami bersama...huhuhu


**.Erm..terlupa 1 perkara selepas mesyuarat guru kali pertama..ada juga mesyuarat panitia pendidikan islam/jqaf.. so kami pn hadir sehari selepas mesyuarat guru..disebabkan tak ada jawatan yang berat2 so aku pun dipilih menjadi S/U Kem Bestari Solat kira  dalam J-QAF kami panggil penyelaras Kem Bestari Solat...Aku terima atas dasar untuk ambil pengalaman...sebab mana tahu kalau aku pindah nanti aku boleh buat kerja..Takla semua nya tak tahu kan..organisasi tue teramat lah penting kan....hehehehhe =)...Disebabkan aku pegang KBS tahun nie duet KBS yang berbaki aku gunakan untuk beli tikar getah...walaupun kualiti nya xberapa bagus tapi boleh la nak guna kan dengan tak da budget pun dari mane2 sumber  untuk blik jqaf..so sedih sangat...kasihan kan kami...=((


Kebetulan pada hari sabtu 6 januari ada buat gotong royong bilik guru..setelah selesai gotong royong..aku pun turun ke bilik jqaf membersihkan bersama-sama dengan semua guru jqaf..tapi aku agak ralat yang tinggal masa tue hanya kami ber empat (aku, wana krosnida & nadhirah)..kami nak bincang macam mana nak susun bilik jqaf nie..sedih jugak bila xdapat kerjasama dari semua dan mungkin guru bahasa arab ajar dalam kelas majoriti nya xfikir sangat utk bilik jqaf...kami yang jqaf pai la kene bertungkus lumus sebab kami akan guna sepenuhnya..hampir putus asa jugak...kebetulan Ustz Ismail datang sekejap..maklum kan guru besar suruh buat jadual untuk bilik jqaf.bilik tayang dan surau baru...jadi agak pening lah sebab kami yang kena fikir...keputusan dibuat macam nie guru bahasa arab ditugaskan hias dan  jaga sarau..guru pendidikan islam jqaf jaga dan hias bilik jqaf..kira fair & square la kan sebab bilik jqaf nie tak ada ape2 pn langsung..surau tue dah di upgrade..pintu dah cantik..siap pasang tile lagi..tinggal nak hias aje...keje di org pn senang dah...jadi aku pun mula la menyusun jadual untuk guru bahasa arab dan pendidikan islam...Bila dah siap kami pun serah kan lah...semua terima apa yang kami bagi tanpa ada sebarang protes..dalam pada tue kami bertiga  mula jugak cakap sekarang bilik nie tunggang langgang orang xda bising..tapi kalau bilik nie dah cantik nanti mesti orang bising kan..teringat saya pada kata2 wana..peduli kan je lah kak..kalau betul di orang nak buat dan tak puas hati..di orang akan cakap sekarang bukan mase bilik ni dah cantik ...ok aku bersetuju dengan wana...=)


Februari 2013 : Usaha-usaha membersihkan..menceriakan bermula...hasil usaha kami bertiga la saya..wana dan k.rosnida...alhamdulillah Allah maha mengetahui..Guru besar datang meninjau bilik jqaf sebelum mesyuarat pibg...paling gumbira GB siap puji blik jqaf dah ceria dan cantik mas berucap..Alhamdulillah =)....Ya Allah aku teramat lah bersyukur..maka selepas tue ramai jugak guru-guru biasa datang berkunjung ke bilik shomel kami ini....alhamdulillah semua positif...dan bermula la jugak desas desus xpuas hati dari kalangan kami panitia pendidikan islam..hanya cakap belakang sahaja..lantak lah kami malas nak fikir...kalau ya xpuas hati cakap depan-depan kan..betul x...huhuhuhu...



Bilik J-Qaf  kami...cantik X? hehehhehehe=)


Saya pun mula kan awal menyusun dan mengemaskini segala fail utk KBS 2013 yang bermula 3 March 2013..Alhamdulillah semua urusan Allah permudahkan..Terima Kasih Ya Allah..Selesai masukkan semua maklumat berkaitan KBS dan tidak lupa juga  ucapan jutaan terima kasih pada cikgu Mat lazim sentiasa mambantu dalam mengurus PA system KBS..memudahkan lah nak handle 800 lebih murid ...=)..Bulan nie jugak adalah sambutan Maulidur Rasul dibawah kawan baik saya Nadhirah Mohd Farid..memang program tiptop & berjaya lah..heheh..saya tumpang gumbira dengan kejayaan die sebagai penyelaras program sempena projek Praktikum nye jugak...sangat success..laporan pun dipuji mase mesyuarat..=))




Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SKTTJ..=))


March 2013 : Mula lah KBS kali pertama di bawah pengendalian saya..Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan dapat komen positif daripada kawan-kawan..semua nya datang dari Allah kan asalkan niat kita ikhlas kerana Allah.....=)..Bulan nie jugak saya jadi pengurus pasukan pemain takraw sek kami...saya hantar murid ke centre court paroi...fuh ramai betul lelaki...saya sorang2 perempuan..lantak lah yang penting saya nak amanah dalam galas tanggungjawab..baru ada keberkatan kan...mudah-mudahan...ameen =)




Pengurus Pasukan Takraw 2013..huhuhuhu =)



April 2103 :  Pada 13 April KBS kali kedua seperti biasa..kali nie ada makan..tapi agak mendukacitakan makanan tak siap..nasi xcukup..lauk pun biasa je..sedih pulak tengok budak-budak nie makan ...mula-mula rasa nak marah tapi bila pihak kantin mohon maaf jadi cair pulak aku rase..hehehe...maaf kan aje lah kan tiap orang wat salah & silap..heheheh =)..Bulan April nie busy dengan pencerapan..aku dapat dengan GPK HEM Pn. Zainon.. alhamdulillah dia ok..komen pun semua positif..dihujung nya ucapan tahniah..terima kasih kak Non..Terima kasih Ya Allah =))...Bulan nie jugak lah saya ditugaskan membawa murid ke perkhemahan tunas murid peringkat daerah disebabkan a'sah bersalin...tanggungjawab ini ditaklifkan pada saya..erm..rasa penat yang amat sebab sabtu saya ada je program sekolah...tapi nak buat macam mane kan dah tugas kene buat jugak lah..huhuhu..


Perkhemahan pandu Puteri Tunas Peringkat Daerah..=))


Mei 2013 : Saya ganti jadi guru kelas ustazah a'sah sahabat saya merangkap GPI saya lah...belajar jadi guru kelas pulak..ok lah semua nya berjalan dengan lancar..tiada masaalah..Bermula lah peperiksaan pertengahan tahun..turn saya buat soalan..tapi kali nie banyak kelas saya kena tanda sebab a'sah tak da cuti bersalin..tapi xmengapa..4 kelas je pun..huhuhuhu...selepas tue saya mula busy dengan latihan rumah sukan la pulak...saya nie pen. rumah hijau...saya memang suka jugak dengan sukan dan acara2 yang dipertandingkan..setiap pagi pilih murid sukaneka..petang pilih murid acara padang pulak..sehingga lah bulan 6 sukan kemuncak..huhuhu...tapi rase seronok sebab mempunyai ketua yang sangat bagus iaitu cikgu Mohd Rais siapa lagi kan..hehehehe...Selain nak pilih peserta untuk sukan..unit koko jugak ada buat pertandingan antara uniform..saya sempat la latih untuk 2 pacara pertandingan iaitu gubahan bahan terbuang & simpulan...=)..sy capture cket la pic nye utk share dlm blog nie..hehehe



Gubahan bahan terbuang & simpulan at bilik jqaf.....^_^

Jun 2013 : Bulan 6 saya mula busy betul nak siapkan e-pelaporan jqaf utk bulan jun 2013..dengan nak urus KBS kali 3 dan kemuncak kejohanan sukan...banyak perkara perlu diselesaikan mengikut kebijaksanaan dalam mengurus masa sebagai isteri dan tanggungjawab utk sekolah...saya melatih diri supaya tak buat keje last minit dan pandai membahagikan masa tanggungjawab sekolah dan rumah tangga...alhamdulillah saya amat bersyukur sebab suami banyak memahami dan membantu...huhuhu...Sukan sekolah pn bermula..kami kekal juara utk perbarisan tetapi dapat tempat ke3 untuk keseluruhan..agak frust..tp redho je lah...lawak nya masa pertandingan sukaneka dan cara padang yang dibuat awal....hijau tempat pertama.dan sama dengan biru..kemudian di potong oleh kuning pulak semasa ari sukan....jd la kami tmpt ke 3...huhuhuhu..tak mengapa..usaha lagi next year ye murid-murid rumah hijau..kamu semua tetap terbaek untuk ustazah ^_^..yang penting kita jadi saingan yang positif untuk rumah lain....heheheh =)


Kenangan sukan sekolah 2013...huhuhuhu..best sangat
 walaupun dpt no 3 keseluruhan..perbarisna kami juara..
hehehe...=)
Julai 2013 :  Julai datang lagiii...hehehe...ingat kan boleh rest tapi tidak..bulan nie sangat rushing rase nye..saya kene handle 3 penjuru sebagai ganti guru kelas..huhu..alhamdulillah berjalan lancar....dan di tambah lagi nak masuk bulan ramadhan..panitia pendidikan Islam/jqaf kene rancang lah aktiviti dan program ramadhan..penyelaras kami bagus org nya ustzah Hjh Junainah..tapi die pregnant jd byk minta tlg kami yang dekat bilik jqaf nie..xmengapa kami tolong mane kami mampu..program semarak ramadhan program panitia jugak..berat sama dijunjung yang ringan sama dijinjing...sy respect dengan ustazah nie...bagus dan smart buat keje...=).. Alhmdulillah program semarak ramadhan berjalan dengan lancar hingga ke kemuncaknya Majlis khatam Al-Quran dan pemyampaian hadiah..saya xsempat nak capture gamba..busy pulak uruskan perjalanan program untuk pengerusi majlis ...maklum lah terlalu banyak..hehehe...di sini saya muat turun pic pelancaran semarak ramadhan..tv comei hasil kreativiti Ustazah Rosmawate Ismail..hehehe =))

Nie pentazkirah sepanjang minggu semarak ramadhan.
comel2 belaka...heheheh ^_^



** Setakat bulan Julai dahulu entri saya...nanti saya sambung untuk ceriteria 
bulan ogos sehingga sekarang **

 -Salam alaik-

No comments: